Saturday 7 February 2015

MAJLIS RAJA-RAJA

-          Sebuah majlis daripada raja-raja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

-          Ditubuhkan pada tahun 1897.

-          Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama diadakan pada 31 Ogos 1948 dan dihadiri oleh ke semua sembilan orang Raja-raja Melayu.

-          Majlis Raja-raja juga sebagai tempat rujukan dalam hal berkaitan:
a)      Pelantikan hakim, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b)      Perubahan sempadan negeri
c)       Penambahan bilangan anggota Persekutuan secara menyeluruh
d)      Hukum Syara dan amalan-amalannya
e)      Rang undang-undang pindaan Perlembagaan
f)       Hal-hal yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

-          Tugas utama Majlis Raja-raja adalah:
a)      Memilih YDPA dan Timbalan YDPA tanpa dicampuri atau tanpa campur tangan empat Yang Dipertua Negeri.
b)      Bertanggungjawab tentang hal berkaitan agama islam dan adat istiadat melayu di seluruh Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak.
c)       Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas  ke  Persekutuan secara menyeluruh.
d)      Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
e)      Melantik anggota Mahkamah Khas
f)       Memberi ampun , tunda hukum dan lega hukum, meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman.
g)      Majlis ini bersidang 3 atau 4 kali setahun, selama 3 hari.
h)      Raja-raja dan Yang Di-Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
i)        Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

j)        Keahlian Majlis Raja-raja:

-          Semua Raja-raja dan semua Yang Di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-raja.
-          Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.
-          Semua Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan YDPA  dan TYDPA, melucutkan jawatan YDPA dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.

-          Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.


-          Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh kesemua 9 raja melayu secara bergilir-gilir.

0 comments:

Post a Comment