Saturday 7 February 2015

YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang Di-Pertuan Agong(YDPA)
-          YDPA menjadi Ketua Negara dalam struktur pemerintahan Malaysia yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

-          Jawatan ini telah diwujudkan sejak tahun 1957.

-          Jawatan ini adalah berdasarkan pilihan dan bukan lantikan.

-          Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

-          Antara kriteria pemilihan YDPA ialah:
a)      Dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu mengikut giliran.
b)      Mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
c)       Semua Raja-raja berpeluang menjadi YDPA.
d)      Boleh meletakkan jawatan sebelum tamat perkhidmatan.
e)      Memegang jawatan selama 5 tahun.
f)       Dipilih secara sulit dalam Majlis Raja-raja.
g)      Boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja.

-          Setelah dipilih sebagai YDPA, tugas-tugas sebagai raja di negeri sendiri tidak boleh dilakukan, kecuali:
a)      Sebagai ketua agama Islam
b)      Berkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan
c)       Mempunyai kuasa melantik Pemangku Raja atau Majlis Pangkuan Raja

-          Bidang kuasa YDPA mengikut perlembagaan Malaysia ialah:
a)      Mengetuai 3 badan kerajaan, iaitu Badan Perundangan(Legislatif), Badan Pemerintahan(Eksekutif), dan Badan Kehakiman(Judisiari).
b)      Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
c)       Baginda ialah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
d)      Memelihara kedudukan dan hak istimewa orang melayu
e)      Ketua agama islam bagi negeri yang sendiri dan negeri yang tidak beraja
f)       Melantik perdana menteri
g)      Bloeh mengisytiharkan undang-undang darurat
h)      Melantik Jemaah Menteri dan hakim
i)        Mempunyai kuasa mentauliah duta

-          Timbalan YDPA juga dipilih oleh Majlis Raja-raja dan memegang jawatan selama 5 tahun.

-          Tempoh jawatan Timbalan YDPA adalah sama dengan YDPA.


-          Timbalan YDPA akan memangku tugas YDPA jika baginda gering atau melawat ke luar negeri atau negara melebihi 15 hari.

0 comments:

Post a Comment