Saturday 7 February 2015

AHLI DEWAN RAKYAT

-      

    Dewan rakyat adalah terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.

-          Ia mngandungi ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh Negara.

-          Tugas utama dewan adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

-          Tempoh memegang jawatan adalah selama 5 tahun dan tamat apabila Parlimen dibubarkan.

-          Dewan Rakyat mempunyai ahli seramai 222 orang dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya.

-          Kelayakan menjadi ahli adalah:
a)      Warganegara Malaysia

b)      Berumur tidak kurang 21 tahun

c)       Waras fikiran

d)      Bukan seorang muflis

e)      Tidak mempunyai rekod jenayah

f)       Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

-          Namun, sebelum seseorang memegang sebarang kerusi di dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Negara.

YB Senator Daatuk Lihan Jok mengangkat sumpah


-         Ahli tersebut mestilah atau hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

0 comments:

Post a Comment