Saturday 7 February 2015

AHLI DEWAN NEGARA

-          Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 45, Perlembagaan Persekutuan, iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli (senator) pada satu-satu masa, dengan keadaan seperti berikut:
a)      2 orang lelaki bagi setiap negeri yang dipilih mengikut jadual Ketujuh
b)      Dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
c)       40 orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda YDPA
d)      4 orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda YDPA

-          Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:
a)      Warganegara Malaysia
b)      Berumur tidak kurang dari 30 tahun
c)       Waras fikiran
d)      Bukan seorang muflis
e)      Tiada rekod jenayah

-          Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal(3 tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik  pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

-          Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Perlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profession masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulanbangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang Asli.


-          Seperti Ahli Dewan Rakyat, setiap ahli di mestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Negara.

0 comments:

Post a Comment