Saturday, 7 February 2015

KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN

-          Asal kata Yunani. Demo bermaksud rakyat atau masyarakat. Cracy bermaksud pemerintahan atau undang-undang.

-          Demokrasi merupakan satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang keputusan yang penting tentang polisi awam.

-          Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat yang terlibat dalam sistem pemerintahan Negara melalui wakil-wakil yang dipilih.

-          Rakyat berpeluang membentuk kerajaan, menjalankan pemerintahan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada.

-          Malaysia mengamalkan sistem ini di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebgai ketua negara.

-          Salah satu syarat sistem ini adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan :
                             
                             


-          Malaysia juga mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.

-          Setiap negeri di dalam Malaysia telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain.

-          Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Pelembagaan memperuntukkan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di 9 buah negeri dan Majlis Raja-raja.

-          Tugas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong :
a)      Memelihara adat istiadat orang melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.
b)      Adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan wilayah-wilayah persekutuan.
c)       Menjadi kepala utama Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

-          Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri.

-          Tugas Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

0 comments:

Post a Comment